Siapa di Talian
Kami ada 2 tetamu online

Peperiksaan Penggal Pertama akan diadakan pada 7 - 18 Mei 2012

Banner

Keputusan SPM 2011

SMK Agama Limauan terus menunjukkan peningkatan prestasi dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 apabila mendapat Gred Purata Sekolah 4.12 berbanding tahun lalu 4.63. Seramai 84 orang calon telah menduduki SPM pada tahun lalu, dan 77 orang calon telah lulus semua mata pelajaran yang diambil. Peratusan calon lulus semua mata pelajaran adalah meningkat sebanyak25.43% kepada 91.67%.  Sebanyak 10 mata pelajaran telah mencatatkan keputusan lulus 100%, dan 2 daripadanya mendapat keputusan minimun C, iaitu Sains dan Pendidikan Seni Visual.

Seramai 2 orang calon telah mendapat keputusan 8A, iaitu adik Muhammad Aizuddin Bin Mingu dan adik Mohd. Azrizan Bin Januin. Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2012, guru-guru dan pentadbiran sekolah atas peningkatan prestasi ini.

 

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

 
PMR
SPM
STPM
Banner
Banner
Banner
Banner